Saturday, April 11, 2015

Khasiat Buah Koko


Assalamualaikum w.b.t

Inilah buah koko. Zaman sekarang nak cari buah koko di kampung pun susah. Zaman dulu, mudah jumpa pokok koko di kampung saya. Isinya berwarna putih dan sedikit masam tapi sedap di makan. Masa kecil-kecil dulu, terfikir kenapa ia dipanggil buah koko sedangkan isinya yang berwarna putih itu masam. Di mana kokonya?

Bila dah mula bersekolah barulah tahu, yang dijadikan koko ialah bijinya. Kebiasaannya, pemilik kebun koko akan petik buah koko yang sudah masak. Buah koko di belah dan isinya dikeluarkan. Biji koko akan di jemur beberapa hari dan kemudian barulah dijual kepada pengilang.

Hari ni saya nak share khasiat buah koko. Selamat membaca =)

Khasiat Buah Koko:

1) Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. 

2) Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

3)Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.

Kesan antioksida poliphenol dalam koko :

Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :

Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.


Koko melambatkan proses penuaan :

Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.

Coklat kosongCoklat susu
Tenaga511 kcal514 kcal
Lemak32.3 g29.0 g
Protein4.1 g8.1 g
Karbohidrat51.9 g56.1 g
Zat Besi2.3 mg0.8 mg
Kalsium29.0 mg233.0 mg
Tiamin0.04 mg0.09 mg
Riboflavin0.02 mg0.3 mg
Niasin0.4 mg0.4 mg
Vitamin A22.084.0


Sumber info: Lembaga Koko Malaysia

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete