Sunday, May 10, 2015

PERNIAGAAN MODAL KECIL

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah akhirnya di beri kesempatan untuk share PERNIAGAAN MODAL KECIL setelah beberapa lama hajat tergendala dek kerana pelbagai sebab.

Alhamdulillah, mudah-mudahan perkongsian dalam entri ini dapat membantu rakan-rakan di luar sana yang ingin menambah pendapatan, seperti saya juga.

Bulan November tahun lalu saya telah di perkenalkan oleh sahabat saya yang mana kami pernah bekerja di bangunan yang sama tentang TAMAR COCOA. Pada mulanya saya cuma ingin mencuba sahaja tamar cocoa. Memandangkan sebelum ini minuman harian saya adalah milo, mengapa saya tidak mencuba pula minuman yang lebih berkhasiat yang mengandungi kandungan koko dan kurma.

Ketika itu saya memang sedang memikirkan perniagaan apa yang saya boleh lakukan untuk menjana pendapatan tambahan. Al-maklumlah, harga barang semakin hari semakin naik, tapi gaji masih sama dekat situ jugak.

Kebanyakan perniagaan yang saya jumpa ketika itu semuanya memerlukan modal yang besar. Bagi saya RM200 tu pun besar kerana masih banyak komitmen lain yang perlu saya tanggung. 

Sampai satu masa saya nekad untuk melakukan sesuatu apabila setiap hari saya melihat sahabat saya ini update status di facebook tentang tamar cocoa.

Pada masa tu, sahabat saya sudah pun berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa sambil menjalankan perniagaan atas talian untuk produk ini.

Saya mula menghubunginya dan bertanya bagaimana ingin memulakan perniagaan tamar cocoa tersebut. Maka bermulalah sesi pembelajaran dan penerangan.

Pada mulanya saya mati-mati ingat perlu mengeluarkan modal yang banyak seperti perniagaan lain rupa-rupanya...................................................... TIDAK SAMA SEKALI!!!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.

PERNIAGAAN TAMAR COCOA HANYA MEMERLUKAN RM22 SETAKAT HARI INI UNTUK MENJADI AHLI DAN ANDA BOLEH MEMULAKAN PERNIAGAAN SERTA MERTA. Bukan RM2200, bukan RM220. 

Seumur hidup saya, inilah perniaagaan yang mudah untuk di laksanakan. Tak pening kepala. Upline pun tak ada paksa orang bawah untuk jual kerana PERNIAGAAN INI ADALAH PERNIAGAAN TRADING BERKOMISEN. MUDAH MUDAH?

Mudah kan......

Nak mula dengan segera? Sila email norliamohdyusoff@gmail.com atau whatsapp 0165163479 untuk saya kongsikan bagaimana untuk memulakan pendapatan tambahan dengan tamar cocoa.

"untuk berjaya tiada alasan yang dicipta"


Saturday, April 11, 2015

Khasiat Buah Koko


Assalamualaikum w.b.t

Inilah buah koko. Zaman sekarang nak cari buah koko di kampung pun susah. Zaman dulu, mudah jumpa pokok koko di kampung saya. Isinya berwarna putih dan sedikit masam tapi sedap di makan. Masa kecil-kecil dulu, terfikir kenapa ia dipanggil buah koko sedangkan isinya yang berwarna putih itu masam. Di mana kokonya?

Bila dah mula bersekolah barulah tahu, yang dijadikan koko ialah bijinya. Kebiasaannya, pemilik kebun koko akan petik buah koko yang sudah masak. Buah koko di belah dan isinya dikeluarkan. Biji koko akan di jemur beberapa hari dan kemudian barulah dijual kepada pengilang.

Hari ni saya nak share khasiat buah koko. Selamat membaca =)

Khasiat Buah Koko:

1) Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. 

2) Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

3)Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.

Kesan antioksida poliphenol dalam koko :

Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :

Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.


Koko melambatkan proses penuaan :

Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.

Coklat kosongCoklat susu
Tenaga511 kcal514 kcal
Lemak32.3 g29.0 g
Protein4.1 g8.1 g
Karbohidrat51.9 g56.1 g
Zat Besi2.3 mg0.8 mg
Kalsium29.0 mg233.0 mg
Tiamin0.04 mg0.09 mg
Riboflavin0.02 mg0.3 mg
Niasin0.4 mg0.4 mg
Vitamin A22.084.0


Sumber info: Lembaga Koko Malaysia

Minuman Coklat Tamar Cocoa ~ Minuman berkhasiat

Assalamualaikum w.b.t.




Beberapa bulan lepas saya di perkenalkan dengan minuman tamar cocoa oleh seorang sahabat. Alhamdulillah, saya beli tiga bungkus sekali gus. Sebelum ni memang saya selalu minum milo. Memang saya akui milo adalah yang paling sedap selepas coklat cadbury. 

Tetapi ada satu yang saya perasan bila saya minum milo, saya akan kerap "buang angin". Setelah di beritahu kebaikan tamar cocoa, saya mencubanya. 

Saya search kebaikan tamar coco di http://www.tamarcocoa.biz/ untuk mendapatkan info yang lebih jelas. 

TAMAR/KURMA

Tamar(kurma) adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada masak atau mentah.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8% hingga 2.0%, serat 2.0% hingga 4.0%manakala kandungan gulanya 50% hingga 57% glukosa. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. 

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. 

Ia juga memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit.  

Sabda Rasullullah SAW, “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”
(Riwayat Imam Bukhari).   

KOKO



Koko mendapat nama saintifiknya Theobroma cacao. Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko.

Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak22.4% protein46.7% karbohidrat2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E. Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang.

Dianggarkan 100 gram coklat susu juga menyumbang 18% tenaga11% protein8% zat besi,47% kalsium19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

Senergi antara Tamar dan Cocoa menjadikan dua sumber ini bertambah khasiat. 
Memperkenalkan
TAMAR COCOA sesuai dengan lapisan umur bermula umur 2 tahun dan dapat mengurangkan masalah kesihatan yang anda sedang alami malah menjadi minuman kesihatan rutin harian anda.

Masalah kesihatan seperti StressAnemiaJantungKulit
Tekanan DarahSembelit dan Sebagainya

TAMAR COCOA juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu yang sedang menyusukan anak.

Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Malah wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan juga memerlukan zat besi.

Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangandan menurunkan tekanan darah.

Kaya dengan khasiat protien seratglukosavitamin A&Csodium serta potassium.

Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.
Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.
Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids.
Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan (Stress).
Koko melambatkan proses penuaan.

Harga untuk tamar cocoa selepas GST.

Semenanjung Malaysia
Harga Pasaran: RM22
Harga Ahli: RM19.10

Sabah/Sarawak: 
Harga Pasaran: RM25.10
Harga Ahli: 22.26

Anda juga boleh MENJANA PENDAPATAN dengan menjadi wakil jualan al-haddad marketing. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 016-5163479 (lia).